Pssstt... Travel Tips!

1. Masa
Tentukan bila tarikh yang free untuk berjalan. Selain itu kena cek musim apa di negara yang kita mahu lawati. Musim panas? musim sejuk? musim hujan? atau musim bunga? . Jika nak ke Korea contohnya, kita perlu tahu musim-musim di korea jika kita ada target nak lihat bunga (hujung mac sehingga april) , atau salji (hujung december sehingga awal february) atau tengok daun luruh (pertengahan oktober sehingga awal november). 

2. Wang / Money
Dah set masa, lihat pula dari segi kewangan. Perancangan untuk kewangan perlu disediakan. Cek kadar tukaran matawang. Aktifkan pengeluaran antarabangsa dan juga debit/kredit card anda. Kad-kad ni penting sekiranya terdapat emergency, yang mana kita perlu gunakan untuk buat bayaran. Kalau travel ke banyak negara, sila tukar matawang ke USD/Europe sebab mudah diterima untuk ditukarkan.

3. Tiket Kapal Terbang/Keretapi/Bas  

4. Penginapan
Pilih penginapan berdasarkan harga, berdekatan dengan train/bus, ada free breakfast, ada wifi, tak terlalu jauh dengan tengah bandar, dan penting juga melihat review oleh orang lain. 

5.Itinerary
Atur setiap perjalanan supaya tidak membazir waktu. Selalunya travel agen yang sediakan. Perlu ditekankan di sini, jika suka trip bershopping, jadi perlulah buat itinerary yang melebihkan masa bershopping. Jika suka bersiar-siar sahaja, lain pula. Jadi tetapkan itinerary anda! Pilih tempat wajib pergi! 

6. Pakaian/Kasut
Guna pakaian yang sesuai mengikut keadaan cuaca destinasi percutian. Beli awal – jangan tunggu nak sampai destinasi baru nak beli – sebab kita sendiri pun tak tau, dapat jumpa ke tidak kedai baju tu kan. Kalau destinasi tu berhadapan dengan musim hujan, jangan lupa bawak payung/baju hujan. Pilih kasut yang selesa untuk berjalan-jalan. Peringatan: Guna kasut yang sesuai dengan keadaan muka bumi destinasi anda. 

7. Beg 
Beg kena sesuai dengan percutian yang macamana pilihan anda. 
8. Camera

9. Makanan

Untuk travel secara budget, perlu bawak makanan sendiri. Makanan halal lebih mahal harganya berbanding makanan biasa. 

10. Ubatan/Dokumen
Sebelum travel, pastikan ubat-ubatan anda dan passport anda sah 6 bulan sebelum fly balik. 



Selain itu, butiran lengkap berkenaan dengan tempat penginapan, nombor telefon penginapan, perlu ada, memudahkan kita mengisi arrival card nanti. Bawa pen, supaya kita dapat mengisi arrival card di dalam kapal terbang. 

Penting juga kita membeli travel insurance seperti AIG Travel guard atau mana-mana produk lain.





No comments:

Post a Comment